Ebook IBU SUSUAN : Amanah, Ilmu & Kasih
Ebook IBU SUSUAN : AMANAH, ILMU & KASIH membincangkan tentang konsep ibu susuan dari sudut agama, tanggungjawab serta nilai kasih sayang dalam masyarakat Islam. Ebook ini ditulis sebagai panduan mudah untuk membantu masyarakat memahami definisi, hukum, syarat serta kepentingan hubungan susuan menurut syariat Islam.
Melalui perkongsian pengalaman menjadi ibu susuan kepada 10 orang anak susuan, pembaca akan memahami peranan ibu susuan, cabaran yang dihadapi serta amanah yang perlu dijaga dalam hubungan susuan. Penulisan ini juga bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat agar amalan ibu susuan dilaksanakan dengan ilmu, kefahaman dan rasa tanggungjawab.
Semoga ebook ini memberi manfaat kepada para ibu, keluarga dan masyarakat dalam memahami amanah ibu susuan dengan lebih baik.